RIYADH: Puak Houthi di Yaman melancarkan serangan terbaharu ke atas lapangan terbang antarabangsa Arab Saudi di Riyadh, beberapa jam selepas kerajaan negara itu mengumumkan penerbangan disambung semula semalam.

Keputusan itu dibuat Arab Saudi ketika kumpulan yang disokong Iran itu berulang kali kembali melancarkan serangan.

Laman sesawang Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid menunjukkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa diteruskan pada Ahad, termasuk penerbangan yang tiba dari Dubai, Paris dan Kaherah.

Sementara laman web penjejakan pesawat, Flightradar24 tururt menunjukkan beberapa penerbangan berlepas, meskipun kebanyakannya dibatalkan.