ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 224 orang daripada 74 keluarga yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, daerah Yan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 168 orang daripada 59 keluarga.

“Seramai 40 mangsa daripada sembilan keluarga pula ditempatkan di sebuah PPS di daerah Kuala Muda, manakala daerah Pendang merekodkan 16 mangsa daripada enam keluarga,” katanya.

Katanya, sebanyak lima PPS dibuka di ketiga-tiga daerah tersebut bagi menempatkan pend