KUALA LUMPUR – Kolej Poly-Tech Mara Sdn. Bhd. (KPTMSB) memperkukuh penilaian program akademiknya bagi memastikan kurikulum yang ditawarkan memenuhi keperluan industri dan kehendak pasaran pekerjaan semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Radzuan Razali berkata, penglibatan Panel Penilai Luar (PPL) dalam kalangan ahli akademik dan pemain industri penting untuk menilai mutu program secara profesional serta mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Menurutnya, pandangan pihak luar membantu institusi meneliti kesesuaian kurikulum, kaedah pengajaran dan pencapaian pembelajaran pelajar agar selari dengan perkembangan semasa.

“Panel Penilai Luar bukan sekadar pihak yang menilai, sebaliknya rakan strategik kami dalam usaha memperkukuh mutu akademik,” katanya pada Majlis KPTM Excellence Partners Appreciation 2026 di sini.