SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menolak rayuan bekas pengurus agensi pelancongan supaya hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menembak isteri yang kini sudah berpisah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dikira bermula dari tarikh ditahan pada 2024.
Hafizul Hawari, 39, perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun bagi kes tembakan itu selepas selesai menjalani hukuman penjara enam tahun dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas kesalahan berasingan.
Dalam alasan penghakiman bertarikh 19 Oktober, Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Sepang pada 5 Disember tahun lalu supaya hukuman bagi kes KLIA bermula selepas Hafizul selesai menjalani hukuman penjara sedia ada.








