PETALING JAYA: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pas belum tentu menjamin kestabilan politik Melayu dan negara berikutan persaingan pengaruh antara kedua-dua parti itu, khususnya dalam menentukan dominasi politik pada pilihan raya akan datang.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan BN meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 membuktikan parti itu menolak Wawasan.
Beliau berkata, tindakan itu juga memberi isyarat BN berkemungkinan meletakkan calon di kesemua 19 kerusi Parlimen milik Wawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
“Tindakan BN meletakkan calon di Sungai Udang membuktikan BN menolak Wawasan. Itu juga signal iaitu di PRU ke-16 nanti BN akan letak calon di kesemua 19 kerusi Parlimen milik Wawasan.









