Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan "memancing undi" bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Key takeaways
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi di Melaka bertujuan memancing undi, sebaliknya menegaskan ia adalah insentif nasional yang diumumkan dalam Belanjawan 2027.
- Sebanyak 283 pemandu teksi dan kereta sewa di Melaka menerima baucar sumbangan bernilai RM1,000 setiap seorang.
- Kira-kira 12,000 pemandu di seluruh negara dijangka menerima bantuan khas kewangan tersebut pada minggu ini.
- Penerimaan bantuan disahkan melalui kad pemandu yang sah dan didaftarkan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
MELAKA – Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan “memancing undi” bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata sebaliknya, insentif berkenaan diberikan kepada semua pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, baru-baru ini.
“Saya nak betulkan beberapa kenyataan dekat luar, ada yang tanya mengapa hanya di Melak