KANGAR – Hujan berterusan sejak pagi semalam menyebabkan seramai 12 mangsa daripada empat keluarga di Kampung Telok, dekat sini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) transit Dewan Batu 5 susulan kejadian banjir kilat awal pagi tadi.

PPS itu dibuka pada pukul 1.50 pagi bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, jumlah mangsa yang direkodkan setakat pukul 1.47 tengah hari ini kekal seramai 12 orang membabitkan empat keluarga.

“Daripada jumlah tersebut, empat merupakan warga emas terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.