PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan, bagi negeri Kedah, kawasan terlibat ialah Baling.
“Di Terengganu, amaran berkenaan melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Marang, manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands dan Lipis,” katanya.
Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Miri, Limbang, Belaga, Kapit dan Song di Kapit, Tatau dan Sebauh di Bintulu, Sri Aman, Betong, Saratok dan Pusa di Betong serta Selangau dan Sibu di Sibu.









