Kuala Lumpur: Keadaan jerebu di seluruh negara dilaporkan semakin pulih sejak semalam susulan perubahan arah angin kecuali di Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan bahawa Monsun Timur Laut yang bermula esok dijangka dapat menghalang jerebu merentas sempadan daripada ditiup masuk dari negara jiran ke Malaysia.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, tiupan angin yang berterusan dari arah timur laut akan menjauhkan jerebu daripada memasuki ruang udara negara.

"Keadaan cuaca berjerebu sudah mula pulih sejak semalam berikutan perubahan arah pergerakan angin di negara kita, kecuali di Sarawak.