KUALA LUMPUR: Selepas kemelut pertikaian di mahkamah keluarga diselesaikan, Lee Zii Jia kembali mengalihkan fokus kepada gelanggang badminton apabila beraksi di Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman yang bermula esok.

Pemain nombor 42 dunia itu berharap dapat meneruskan momentum selepas mara ke separuh akhir Terbuka Artik di Finland awal bulan ini.

Zii Jia dan keluarganya mencapai penyelesaian secara baik di Mahkamah Tinggi pada 20 Oktober lalu berhubung pertikaian kewangan dan pengurusan membabitkan syarikat pengurusannya.

Bekas juara Seluruh England itu akan membuka kempen menentang pemain Singapura, Jason Teh, pada pusingan pertama.