KUALA LUMPUR: Pengorbanan atlet para negara yang berjuang dalam keadaan kesakitan kerana mengalami kecederaan antara perkara yang menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari sepanjang menyaksikan sendiri aksi kontinjen Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Dr Mohammed Taufiq menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet negara yang berjaya memenuhi sasaran enam pingat emas pada temasya berkenaan, sambil menyifatkan setiap kejayaan itu hadir dengan pengorbanan besar.

Dr Mohammed Taufiq berkata sepanjang berada di Jepun, beliau menyaksikan sendiri pengorbanan atlet yang berjuang dalam keadaan kesakitan kerana mengalami kecederaan dan pelbagai cabaran demi meraih kejayaan buat negara.