KUALA LUMPUR: Anak syarikat KKB Engineering Bhd, OceanMight Sdn Bhd (OMSB), menang tuntutan timbang tara bernilai RM49.78 juta terhadap Shapadu Energy Services Sdn Bhd (SES).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KKB Engineering berkata SES perlu membayar RM49.78 juta berdasarkan keputusan tribunal bertarikh 12 Oktober 2026.
SES juga perlu membayar faedah lima peratus setahun, bermula dari tarikh keputusan itu sehingga bayaran penuh dibuat.
"OMSB akan mengambil semua tindakan undang-undang yang perlu, termasuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award timbang tara muktamad itu melalui Mahkamah Tinggi," katanya.









