Iskandar Puteri: Pengendali Port FC, Bozidar Bandovic enggan memikirkan kehebatan Johor Darul Ta'zim (JDT), sebaliknya lebih mengutamakan untuk memperkemaskan barisan pemainnya apabila beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, petang esok.
Bandovic berkata, selepas beraksi di pentas Liga 1 Thailand (Thai 1 League) dengan kemenangan 4-1 ke atas Rayong FC, kini beralih untuk memberi tumpuan pada saingan ACLE yang lebih kompetitif dan mencabar apabila menentang pasukan terbaik di Malaysia iaitu JDT.
"Untuk menentang JDT, kami kehilangan dua pemain iaitu Kaka Mendes dan Matheus Lins, namun situasi itu tidak menjejaskan persiapan kerana saya akan lakukan penggiliran dan memilih pemain terbaik untuk diturunkan.










