Iskandar Puteri: Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak terlalu yakin apabila berdepan Port FC dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, petang esok.
Insa menegaskan JDT akan menentang pasukan hebat dari Thailand dan barisan pemain pasukan itu bersifat pejuang yang akan bertarung dari awal hingga akhir permainan.
Justeru, katanya, pemain Harimau Selatan tidak boleh leka walaupun sesaat untuk melakar keputusan positif.
"Saingan ACLE amat istimewa bagi JDT kerana setiap tahun kami harus beri yang terbaik.









