JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Pontianak, wilayah Kalimantan Barat menerima pujian orang ramai kerana sanggup berjalan sejauh 2 kilometer untuk membuat laporan polis bahawa ibunya disiksa, lapor laman berita Lambe Turah.

Kanak-kanak berkenaan tiba di Ibu Pejabat Polis Pontianak Barat bersama rakannya pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), baru-baru ini.

Susulan laporan tersebut, Ketua Polis Pontianak Barat, AKP Basuki Arif Wibowo mengerahkan pasukannya ke rumah mangsa dan mendapatkan keterangan daripada si suami bernama Muhammad Hassan.

Hassan mendakwa ia merupakan masalah rumah tangga dan isterinya, Noviana sedang tidur di dalam bilik.