LONDON: Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Jermaine Pennant terpaksa menerima lebih 50 jahitan pada bahagian kaki selepas diserang dan digigit berkali-kali oleh seekor anjing dalam satu insiden cemas.

Penganalisis sukan berusia 43 tahun itu bagaimanapun bernasib baik apabila terselamat selepas anjing peliharaannya sendiri bertindak pantas mempertahankannya.

Insiden itu berlaku ketika bekas pemain sayap Arsenal dan Liverpool berkenaan sedang membawa anjing peliharaannya daripada baka American Akita yang dinamakan King bersiar-siar sebelum terserempak dengan seekor anjing baka German Shepherd.

Bercakap kepada akhbar The Sun, Pennant menceritakan detik cemas yang dilaluinya 'ia amat menakutkan. Anjing itu cuba menyerang King, jadi saya bertindak campur tangan untuk melindunginya.