Johor Bahru: Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta yang terbabas memasuki laluan bertentangan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru - Gelang Patah - Pendas di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Ramlan Radin Taha berkata, dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi, kereta dinaiki tiga individu hilang kawalan ketika melalui selekoh basah.

Menurutnya, kereta itu kemudian memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh dua motosikal.

"Kedua-dua penunggang motosikal membabitkan lelaki warga tempatan masing-masing berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.