Austin: Lewis Hamilton meluahkan kebimbangannya berhubung isu hak asasi manusia berkenaan cadangan penganjuran Grand Prix (GP) Afrika di Rwanda, meskipun menyuarakan hasrat mendalam untuk beraksi dalam perlumbaan berkenaan.
Minggu lalu, saingan Formula Satu (F1) mengumumkan bakal kembali ke benua Afrika buat kali pertama sejak 1993, dengan mengesahkan perlumbaan di Rwanda selama 10 musim bermula kira-kira pada 2032.
Hamilton sudah lama menyuarakan pandangan agar F1 kembali dianjurkan di benua itu selepas kali terakhir mengadakan perlumbaan di Kyalami, Afrika Selatan, lebih 30 tahun lalu.
Meskipun juara dunia tujuh kali yang kini berusia 41 tahun itu dan dijangka mencapai umur 46 tahun menjelang perlumbaan berkenaan berikrar untuk terus berlumba demi merealisasikan impiannya beraksi di Afrika, beliau tetap menyuarakan keraguan terhadap rekod hak asasi manusia di Rwanda.










