KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited menyalurkan bantuan pembangunan semula berjumlah RM100 juta kepada Gaza seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu, namun pelaksanaannya masih terjejas berikutan keadaan keselamatan yang semakin buruk di wilayah itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bantuan itu akan dilaksanakan apabila keadaan di lapangan lebih kondusif bagi memastikan penyalurannya berjalan dengan berkesan.

"Bagi melaksanakannya, keadaan di lapangan tidak mengizinkan kerana keadaan di sana bukannya bertambah baik tetapi masalahnya Israel lebih mengganas dan (sedang) memusnahkan Gaza," ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) Peringkat Dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.