PETALING JAYA: BERSATU mempersoalkan keputusan Perikatan Nasional (PN) yang mahu mengambil tindakan tatatertib terhadap parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, antara lain mempersoalkan asas tindakan terbabit, sambil mendakwa BERSATU tidak melakukan kesalahan yang dikatakan bertentangan kepentingan PN.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut memaklumkan BERSATU setakat ini, belum menerima sebarang notis berhubung tindakan tatatertib yang mahu dilakukan PN.

"Kenapa (PN) mahu ambil tindakan tatatertib pada kita (BERSATU) yang tak buat salah? Kalau ikut, BERSATU yang laporkan (kesalahan PN) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).