Kuala Lumpur: Skuad Bawah 15 tahun negara (B-15) terpaksa akur apabila tewas tipis 0-1 di tangan Mexico pada aksi terakhir Kumpulan H Festival dan Piala Dunia B-15 2026, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Pertandingan Hovsan, Baku, Azerbaijan itu, jaringan tunggal pada minit ke-18 oleh Mexico membolehkan mereka menjuarai Kumpulan H sekali gus akan beraksi dalam Tier A di pusingan 32.

Anak buah P Maniam yang menamatkan saingan di tangga kedua akan beraksi dalam Tier B di pusingan 32 iaitu penentuan tempat ke-33 dan ke-64 pada Rabu.

Terdahulu, skuad negara memperaga aksi penuh meyakinkan menerusi kemenangan hatrik ke atas Dominica, Syria dan Ethiopia.