MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan kempen berhemah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai inisiatif Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kejayaan dan inisiatif kebajikan dilaksanakan kerajaan perlu disampaikan dengan cara terbaik kepada pengundi agar mereka yakin untuk memilih calon daripada PH.

"Kita tak mahu menang kempen pilihan raya dengan maki hamun, kita tak mahu. Itu bukan cara PKR... kita bukan nak menang pilihan raya hasil daripada adu domba, pecah belah... itu biar pihak lain, mereka nak menang cara itu, silakan.