PETALING JAYA – Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin mendedahkan beliau terpaksa menjawab aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) berhubung ceramahnya yang menyentuh topik generasi ‘strawberi’.

Beliau berkata, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memberinya tempoh tiga hari untuk menjawab aduan berkenaan dan menjelaskan sebab beliau menyampaikan ceramah mengenai topik itu.

“Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita, tuan-tuan. Tuan-tuan tahu, saya kena Sispaa tajuk tu?

“Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab. Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK untuk jawab, kenapa saya ceramah tajuk tu. Malas ceritalah,” katanya.