​KOTA TINGGI – Seorang peneroka Felda maut selepas dipercayai ditetak dengan kapak dalam satu kejadian amukan di Felda Lok Heng Selatan, di sini, malam ini.

​Menurut penduduk, insiden berlaku sejurus selepas waktu maghrib kira-kira pukul 7.30 malam berhampiran kawasan kediaman suspek.

“Suspek dilaporkan mengamuk di tepi jalan dan bersenjatakan sebilah kapak, menyebabkan penduduk sekitar tidak berani mendekati lokasi kejadian.

​”Kejadian berlaku tepi jalan dekat rumah suspek. Orang kampung tak berani nak masuk campur masa itu sebab suspek pegang kapak dan mengamuk,”kata ketika dihubungi, di sini.