Kota Tinggi: Seorang peneroka maut dipercayai ditetak menggunakan kapak oleh seorang lelaki di FELDA Lok Heng Selatan di sini, hari ini.
Menurut sumber yang juga penduduk setempat, insiden berlaku selepas waktu Maghrib berhampiran kawasan rumah suspek.
Katanya, suspek dilaporkan mengamuk di tepi jalan dengan memegang senjata tajam dipercayai kapak menyebabkan penduduk berdekatan tidak berani menghampirinya.
"Orang kampung tidak berani masuk campur berikutan suspek memegang kapak dan sedang mengamuk," katanya.










