KUALA LIPIS - Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus membuktikan keupayaan negeri itu memacu pertumbuhan ekonomi.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu menunjukkan perkembangan positif ekonomi negeri yang turut didorong peningkatan aktiviti ekonomi, kehadiran pelancong dan kemasukan pelabur setiap tahun.Menurutnya, kedudukan Pahang kini berada di belakang Pulau Pinang, Selangor dan Johor, dengan pertumbuhan KDNK negeri itu sebanyak 5.3 peratus, mengatasi paras nasional 5.1 peratus."Semua negeri di Malaysia ini, Negeri Pahang menduduki tempat yang keempat teratas. Baru sahaja diumumkan. Yang pertama, Pulau Pinang diikuti dengan Selangor, Johor dan Pahang."Kedudukan Pahang melepasi paras nasional iaitu 5.3 peratus, paras nasional 5.1 peratus," katanya pada Program Town Hall Rakyat (THR) Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Isnin.Wan Rosdy berkata, pencapaian itu lebih bermakna apabila Pahang tidak mempunyai kelebihan sama seperti negeri perindustrian seperti Pulau Pinang dan Selangor."Pulau Pinang, Selangor, negeri industri. Masa saya belajar dulu lagi pun, Pulau Pinang ini sudah negeri industri. Johor ada Singapura, Pahang tak ada apa," ujarnya lagi.Bagaimanapun, beliau memaklumkan, Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah satu ketika dahulu kepada kini tempat keempat teratas KDNK di Malaysia.Menurutnya, potensi ekonomi Pahang dijangka terus berkembang menerusi beberapa pembangunan strategik, termasuk bandar aeroangkasa yang dirancang sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu negeri itu.Beliau berkata, projek berkenaan dianggarkan menelan kos pembangunan antara RM30 bilion hingga RM40 bilion, meliputi kawasan seluas kira-kira 10,000 hektar serta berpotensi mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan apabila siap sepenuhnya.Selain itu, menurutnya, pembesaran Pelabuhan Kuantan turut dilihat mampu meningkatkan daya tarikan Pahang sebagai destinasi pelaburan, khususnya melalui penjimatan masa dan kos penghantaran kargo.Wan Rosdy berkata, perkembangan pelabuhan berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelabur untuk menjalankan kegiatan ekonomi di negeri itu."Apabila berlaku pembesaran Lembaga Pelabuhan Kuantan ni. Saya fikir lagi ramai dan lagi banyak pelabur-pelabur yang akan datang untuk melabur di Pahang kerana menjimatkan masa dan kos mereka," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan infrastruktur penerbangan turut menjadi antara tumpuan menerusi perancangan bandar aeroangkasa, termasuk landasan lapangan terbang sepanjang 4.1 kilometer, iaitu 100 meter lebih panjang berbanding landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berdasarkan kenyataannya.Wan Rosdy turut menyuarakan keyakinan bahawa pembangunan ekonomi dan infrastruktur berkenaan berpotensi meningkatkan daya saing Paha