KUALA LIPIS - Pengurusan ketirisan dan kebocoran hasil, penguatkuasaan serta kecekapan pentadbiran antara tiga formula utama yang digunakan kerajaan negeri Pahang sehingga berjaya meningkatkan kutipan hasil melepasi RM1 bilion.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha berkenaan turut disokong kecekapan pegawai daerah dan barisan pentadbiran negeri dalam memastikan kutipan hasil, termasuk bayaran daripada pemegang tanah serta tunggakan, dapat dilaksanakan dengan berkesan.Menurutnya, penubuhan syarikat berkaitan kerajaan negeri turut membantu menjana pendapatan tambahan menerusi keuntungan yang disumbangkan semula kepada kerajaan negeri.AKAN MENYUSUL