KUANTAN - Wartawan senior Astro Awani, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah di sini pada Petang Isnin.Perkara itu dimaklumkan isterinya, Suaibatul Aslmiah Abu Bakar, 52, ketika ditemui di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib di sini.Menurutnya, sebelum itu arwah dikatakan demam dan mengalami kesukaran untuk berjalan beberapa hari sebelum dijemput Ilahi."Pagi tadi, keadaan arwah agak lemah, tetapi masih boleh bersembang dengan saya dan ada selera makan."Tapi dalam dua tiga hari ini, arwah nampak biasa sahaja, tiada pesanan atau nasihat yang ditinggalkan kepada saya dan anak-anak," katanya.Suaibatul Aslmiah memberitahu, awah ada darah tinggi dan kencing manis.Arwah meninggalkan empat orang cahaya mata, tiga hasil rumah tangga bersama Suaibatul dan seorang dari perkahwinan sebelumnya."Dua anak kami sudah bekerja, masing-masing 26 dan 28 tahun."Seorang lagi masih bersekolah Tingkatan Tiga, anak perempuan bongsu," jelasnya.Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas Isyak.
Wartawan Astro Awani Pahang meninggal dunia

Key takeaways
Wartawan Astro Awani, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Kuantan.
- Mohd Zalani meninggal pada petang Isnin di rumahnya di Kuantan.
- Isterinya menyatakan dia demam dan sukar berjalan beberapa hari sebelum kematiannya.
- Arwah meninggalkan empat orang anak dari dua perkahwinan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bapa Nik Nazmi meninggal dunia
- Utusan Malaysia Timbalan Ketua Polis Langkawi meninggal dunia
- Sinar Harian Wartawan Astro Awani Pahang meninggal dunia (this story)
- Harian Metro Wartawan kanan, Mohd Zailani meninggal dunia








