KOTA TINGGI: Seorang peneroka ditemukan maut dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam satu kejadian di Felda Lok Heng Selatan, di sini malam ini.
Seorang penduduk yang mendakwa menyaksikan perkara itu memberitahu, insiden itu dipercayai berlaku pada pukul 7.30 malam.
“Suspek dipercayai mengamuk sambil membawa sebilah kapak. Orang ramai tidak berani datang dekat kerana suspek memegang senjata.
“Suspek turut dilihat menaiki motosikal selepas menyerang peneroka tersebut,” katanya kepada pemberita, di sini.








