PETALING JAYA: Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini.
Ahli MPT Bersatu, Dr. Afif Bahardin berkata, mesyuarat itu turut dijangka membincangkan persiapan menghadapi PRN Sarawak serta tindakan tatatertib yang akan dikemukakan Perikatan Nasional (PN).
“PRN Melaka memang akan dibincangkan malam ini, manakala PRN Sarawak mungkin dibincangkan sekali.
“Tindakan tatatertib (oleh PN) ini biasalah kerana ia memang urusan parti,” katanya ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat Bersatu di sini malam ini.










