Kuala Lumpur: Seramai 25,592 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 1,248 aset jabatan itu berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 yang dijangka bermula esok hingga Mac tahun depan.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata jabatan itu memperkukuh perancangan operasi menerusi penyediaan anggota, kesiapsiagaan aset dan logistik serta penempatan sumber secara strategik bagi menghadapi kemungkinan bencana sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau berkata pada fasa awal MTL dari November ini hingga Januari depan, sebanyak tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.










