KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar Indonesia, Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) mendakwa 21 syarikat yang mempunyai kaitan dan gabungan dengan kumpulan perniagaan dari Malaysia terbabit kes kebakaran hutan dan tanah di negara itu bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
Dapatan itu sebahagian laporan analisis pemetaan bertajuk 'Who Are Behind the Fires?' dikeluarkan Eksekutif Nasional WALHI.
Menurut laporan, data satelit mencatatkan sekurang-kurangnya 30,927 titik panas di seluruh Indonesia sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, di mana hampir 50 peratus daripadanya berada dalam kawasan konsesi operasi syarikat perladangan kelapa sawit dan perhutanan.









