KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh SSF Home Group Bhd, SSF Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan IFFCO Foods Sdn Bhd untuk membeli tiga bidang tanah di Pulau Indah, Klang bernilai RM42.47 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, peruncit perabot itu memaklumkan cadangan pembelian itu adalah sejajar dengan strategi jangka panjang kumpulan untuk meningkatkan keupayaan pergudangan dan logistik, menambah baik kecekapan operasi serta menyokong pengembangan perniagaan pada masa depan.
"Pembelian tanah yang dicadangkan akan membolehkan kumpulan membangunkan kemudahan gudangnya, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada premis sewaan dan memberikan lebih fleksibiliti dalam menguruskan operasi pergudangan dan pengedaran.










