Barcelona: Carlos Alcaraz akan mengetuai skuad Piala Davis Sepanyol yang mantap selepas kapten pasukan, David Ferrer mengumumkan senarai pemain.
Alcaraz yang sudah memenangi tujuh gelaran Grand Slam akan bergandingan dengan Rafael Jodar, Alejandro Davidovich Fokina, Marcel Granollers dan Pedro Martinez untuk membantu Sepanyol memburu kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2019.
"Kami mempunyai pasukan yang sangat baik, tidak dapat dinafikan," kata Ferrer.
"Saya gembira kerana semua pemain dapat beraksi dan saya sangat teruja.









