KUALA LUMPUR – Malaysia dijadual menerima dua pesawat tempur ringan FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini sebagai sebahagian daripada perolehan 18 pesawat berkenaan yang bernilai hampir RM4 bilion.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan pesawat itu akan memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera.
“Perolehan 18 pesawat FA-50M dari Korea Selatan yang akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan dengan sebahagiannya turut dirancang ditugaskan di Pangkalan Udara Labuan bagi memperkukuh keupayaan tempur udara.
“Sukacita saya berkongsi Malaysia akan menerima dua pesawat FA-50M pertama pada akhir bulan ini, 30 Oktober 2026,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) Peringkat Dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.








