KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima kumpulan pertama pesawat pejuang tempur ringan (LCA) FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan pesawat berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus meningkatkan keupayaan pertahanan ruang udara negara.

Katanya, pesawat berkenaan akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang dan sebahagiannya di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

“Penerimaan pesawat ini adalah untuk memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.