PUTRAJAYA – Isu moral membabitkan pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, baru-baru ini dilihat bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Pahang, Kampus, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, walaupun direhatkan daripada sebarang aktiviti politik parti selama tiga bulan, namun isu membabitkan Nik Nazmi dilihat menjejaskan corak strategi kempen parti tersebut.

“Walaupun pimpinan lain cuba untuk mengalihkan isu dengan menekankan agenda lain termasuk skandal mafia korporat, namun topik melibatkan tangkapan khalwat Nik Nazmi tetap terpahat di minda pengundi.