KUALA LUMPUR - Pengasas Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli sengaja menimbulkan isu mafia korporat demi menutup aib kes tuduhan khalwat sekutunya, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang.Penasihat Pertubuhan Kebajikan Impak Madani (Impak Madani), John Ooh Sin Hwa berkata, taktik tersebut sememangnya sinonim dengan Rafizi dan beliau dipercayai melakukannya bagi mengelak Bersama kalah teruk pada PRN Melaka."Nampak macam ada taktik politik di sebalik tindakan Rafizi itu kerana hanya beberapa hari selepas kontroversi kes khalwat yang dikaitkan dengan Nik Nazmi, Rafizi pula tampil membangkitkan isu mafia korporat."Saya berpendapat, beliau membangkitkan isu mafia korporat bagi mengalihkan perhatian dengan harapan pengundi Melaka tidak tumpu pada kes khalwat tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.Sebelum ini, Parti Bersama mengumumkan telah membuat keputusan merehatkan Nik Nazmi daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan berkuat kuasa dari 20 Oktober sehingga 19 Januari 2027.Presiden Bersama, Syukri Razab berkata, pihaknya berpendirian bahawa keputusan itu adalah perlu dan munasabah.Nik Nazmi sebelum ini mengesahkan dirinya ialah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya.Mengulas lanjut, John Ooh berkata, taktik Rafizi itu tidak akan berjaya kerana kini terlalu banyak maklumat di media sosial mengenai kes khalwat berkenaan."Buatlah apa pun, pengundi telah nampak isu moral dalam Bersama dan pengundi lazimnya tidak akan memberikan kemenangan kepada pemimpin yang terpalit dengan masalah moral," jelasnya. - Awani
PRN Melaka: Rafizi sengaja bising isu mafia korporat untuk tutup aib kes khalwat Nik Nazmi - Impak Madani

Key takeaways
Rafizi didakwa sengaja membangkitkan isu mafia korporat untuk mengalihkan perhatian daripada kes khalwat Nik Nazmi menjelang PRN Melaka.
- Rafizi disyaki menggunakan taktik politik untuk menutup aib kes khalwat Nik Nazmi.
- Impak Madani menganggap tindakan Rafizi tidak akan berjaya kerana isu itu sudah tersebar di media sosial.
- Nik Nazmi ditahan dalam kes khalwat dan kini dilarang daripada aktiviti parti selama tiga bulan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Updated
- October 23, 2026 at 1:32 AM UTC
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Anwar sidestepped bigger issues on ‘corporate mafia’, says Rafizi
- Free Malaysia Today Anwar elak isu lebih besar ‘mafia korporat’, kata Rafizi
- Sinar Harian PRN Melaka: Rafizi sengaja bising isu mafia korporat untuk tutup aib kes khalwat Nik Nazmi - Impak Madani (this story)






