KUALA LUMPUR: Pengasas Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli sengaja menimbulkan isu mafia korporat demi menutup aib kes tuduhan khalwat sekutunya, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelang PRN Melaka yang akan datang.
Penasihat Pertubuhan Kebajikan Impak Madani (Impak Madani), John Ooh Sin Hwa berkata, taktik tersebut sememangnya sinonim dengan Rafizi dan beliau dipercayai melakukannya bagi mengelak Bersama kalah teruk dalam PRN Melaka.
““Nampak macam ada taktik politik di sebalik tindakan Rafizi itu kerana hanya beberapa hari selepas kontroversi kes khalwat yang dikaitkan dengan Nik Nazmi, Rafizi pula tampil membangkitkan isu mafia korporat.
“Saya berpendapat beliau membangkitkan isu mafia korporat bagi alihkan perhatian dengan harapan pengundi Melaka tidak tumpu pada kes khalwat tersebut,” katanya hari ini.








