JAKARTA: Kerajaan Indonesia menafikan dakwaan lambat menangani kebakaran hutan dan tanah ketika jerebu rentas sempadan terus menjejaskan Malaysia.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Dudung Abdurachman berkata, kerajaan sedang meneruskan usaha menangani kebakaran, meskipun berdepan pelbagai cabaran yang menyukarkan operasi pemadaman.

Bekas Ketua Staf Presiden itu berkata, beliau sentiasa berhubung dengan Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Suharyanto; Menteri Perhutanan, Raja Juli Antoni; dan Menteri Alam Sekitar, Jumhur Hidayat bagi memantau perkembangan di kawasan terjejas.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Meja Penyelarasan Pengurusan Kebakaran Hutan dan Tanah, Dudung turut menerima laporan mengenai kesukaran yang dihadapi pegawai terbabit ketika melawat lokasi kebakaran.