WASHINGTON: Penyelidik Microsoft membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) yang mampu mendiagnosis penyakit secara berperingkat seperti dilakukan doktor.

Malah, ia mampu melakukannya dengan ketepatan lebih dua kali ganda berbanding doktor perubatan am dalam menyelesaikan kes perubatan rumit.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science pada Khamis, model AI itu mampu mengenal pasti dan menyelaraskan soalan yang perlu diajukan kepada pesakit, selain menentukan pemeriksaan serta ujian perubatan yang perlu dijalankan.

Model berkenaan menggunakan sistem penyelaras yang dikenali sebagai 'orchestrator' bagi mengatur pendekatan AI dalam menyelesaikan sesuatu masalah.