KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini boleh menghela nafas lega dengan pengumuman inisiatif penangguhan dan kelonggaran bayaran balik menerusi Belanjawan 2027.
Langkah itu bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah, malah menjadi suntikan semangat kepada para graduan untuk menyusun semula kewangan masa depan mereka dengan lebih yakin.
Petugas Pereka Grafik di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hafizul Fiqri Mazlan, 41, yang telah melunaskan sepenuhnya pinjaman PTPTN pada 2019 menyifatkan inisiatif itu sebagai kemudahan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peminjam.
"Bila kerajaan bagi penangguhan penuh untuk gaji bawah RM2,500 dan cuma minta RM50 sebulan untuk yang gaji bawah RM3,000, ini memang rezeki untuk peminjam lebih-lebih lagi kepada yang baru bekerja. RM50 sahaja, takkan nak kata terbeban lagi.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fschool123_643073.png&w=480&output=webp&q=85&we)

