PARIS: Kesatuan sekerja Perancis menggesa demonstrasi besar-besaran diadakan pada 5 November selepas pertemu­an bersama kerajaan tidak membuahkan hasil diinginkan, dengan Setiausaha Agung Konfederasi Umum Buruh (CGT), Sophie Binet menyeru pekerja memperluas tindakan mogok.

Pemimpin kesatuan seker­ja itu yang bertemu Perdana Menteri, Sebastien Lecornu di pejabatnya di Matignon pada Rabu, meninggalkan pertemuan yang berlangsung hampir dua setengah jam itu dengan perasaan kecewa.

Menurut Binet, Lecornu tidak mengumumkan sebarang langkah bagi menangani pelbagai bantahan yang berlaku. Beliau kesal kerana tuntutan kesatuan sekerja tidak dipertimbangkan.

CGT yang menyertai demonstrasi pada 17 Oktober sebelum bertukar menjadi rusuhan dan rompakan premis di beberapa bandar sepanjang hujung ming­gu lalu, akan kembali turun ke jalanan pada Sabtu bagi menyertai fasa kedua mobilisasi membantah peningkatan kos sara hidup yang diumumkan oleh gabungan gerakan Yellow Vest.