Guatemala City, Guatemala: Pembunuhan bekas pendakwa raya antirasuah Guatemala, Juan Francisco Solorzano Foppa yang ditembak mati di sebuah padang bola sepak pada hujung minggu lalu meningkatkan kebimbangan terhadap pengaruh kumpulan jenayah terancang di negara Amerika Tengah itu.
Pembunuhan sosok yang lantang membangkitkan dakwaan salah laku dan hubungan antara tokoh politik dengan kumpulan jenayah, mengejutkan negara itu serta menghidupkan semula perdebatan mengenai pengaruh rangkaian jenayah dalam institusi kerajaan.
Aktivis hak asasi manusia, Frank La Rue, yang menghadiri upacara penghormatan terakhir buat Solorzano Foppa pada Isnin berkata, pembunuhan itu mengancam keselamatan pembela hak asasi manusia dan aktivis demokrasi.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fschool123_643073.png&w=480&output=webp&q=85&we)

