KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempercepatkan penggubalan Akta Udara Bersih bagi menyediakan kerangka perundangan lebih kukuh sebagai usaha menangani masalah pencemaran udara yang berulang bagi memastikan hak rakyat untuk menikmati udara bersih dan selamat dilindungi secara menyeluruh.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata undang-undang baharu itu perlu komprehensif dan tidak boleh mengehadkan fokus kepada masalah jerebu rentas sempadan semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi pencemaran daripada pelbagai sektor tempatan.

"Akta ini perlu menangani pencemaran udara daripada aktiviti perindustrian, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, pembinaan, pertanian serta penjanaan tenaga.