PARIS: Sebuah kesatuan sekerja utama Perancis menggesa mogok umum diadakan pada 5 November depan tatkala protes sosial sedang berterusan, atas alasan negara ini dicengkam krisis mendalam dengan kebanyakan penduduk menghadapi keadaan semakin teruk, lapor agensi berita Jerman dpa.
Konfederasi Am Buruh (CGT) dalam satu kenyataan, semalam, mendakwa keadaan itu termasuk kos sara hidup yang tinggi, kadar gaji tidak berubah, ramai hidup dalam keadaan tidak menentu, dan golongan muda kekurangan prospek.
Kesatuan itu turut menyeru demonstrasi aman di seluruh negara pada 5 November depan.
Ketua CGT, Sophie Binet, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Perancis, Sébastien Lecornu, menggesa gaji minimum dinaikkan sebanyak 10 peratus, harga bahan api dan barangan keperluan dibekukan, serta lebih banyak sokongan untuk syarikat yang menghadapi pemberhentian pekerja.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fschool123_643073.png&w=480&output=webp&q=85&we)

