Ipoh: Seorang penjawat awam berdepan kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib berhubung dakwaan penipuan perancangan majlis perkahwinan yang membabitkan 73 laporan polis dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kes itu berlaku tahun lalu dan lelaki berusia 31 tahun terbabit didakwa di mahkamah pada 8 September lalu.
Beliau berkata, polis menerima 73 laporan berhubung kes itu, namun pihak pendakwaan memutuskan untuk meneruskan pendakwaan menerusi satu pertuduhan terhadap suspek.
"Selepas berbincang dengan pihak pendakwaan, diputuskan bahawa lelaki itu berdepan satu pertuduhan," katanya pada sidang media hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fschool123_643073.png&w=480&output=webp&q=85&we)

