KUALA LUMPUR: Skuad bawah 16 tahun (B-16) Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengesahkan kejuaraan sulung saingan Liga Remaja Kebangsaan.

AMD melengkapkan kempen liga musim ini tanpa sebarang kekalahan selepas merekodkan 17 kemenangan dan satu hasil seri.

Mereka terikat seri dengan naib juara, Terengganu FA pada aksi terakhir liga di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang, semalam.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan menyempurnakan majlis penyampaian trofi kejuaraan dan pingat pemenang kepada skuad AMD.