Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berusaha menyelaraskan sistem pemulihan dan rehabilitasi atlet negara menerusi pendekatan lebih menyeluruh bagi memastikan aspek kesihatan serta kesiapsiagaan mendapat perhatian sewajarnya sebelum kembali bertanding.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada langkah memperkukuh ekosistem sokongan atlet negara, khususnya menerusi peranan sains sukan dan perubatan sukan.

Beliau berkata, KBS turut membangunkan garis panduan berkaitan perkara berkenaan, baru-baru ini bagi membantu memperkemas pengurusan fasa pemulihan serta sokongan terhadap atlet.

"Kami sentiasa mempunyai satu sistem dan kami ingin menyelaraskan sistem itu serta membentuk satu ekosistem yang menyeluruh.