PETALING JAYA – Selangor FC meneroka potensi teknologi sel stem dalam pengurusan kecederaan sukan menerusi kerjasama strategik dengan Yakin Splendour Sdn. Bhd. (YAKIN) yang dilantik sebagai Rakan Sel Stem Rasmi kelab itu.

Kerjasama berkenaan dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) bagi menggabungkan kepakaran YAKIN dalam teknologi sel stem mesenkimal tali pusat (UC-MSC) dengan persekitaran sukan profesional Selangor FC.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, kesihatan dan kebajikan jangka panjang pemain sentiasa menjadi keutamaan kelab itu.

“Selangor FC sentiasa meletakkan kebajikan dan kesihatan jangka panjang pemain sebagai keutamaan tertinggi kami.